Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur

BANTU MULA



MINGGU 1:

KONSEP ASAS KECEDERAAN DALAM SUKAN
PRINSIP ASAS PERTOLONGAN CEMAS
kecederaan dalam sukan
=================================================================== Presentatioan PJK ========================================================================

 MINGGU KE 2: 
SUKAN,PERUBATAN SUKAN DAN JURULATIH SUKAN

Konsep Sukan Aktiviti fizikal yang dilakukan untuk pelbagai tujuan - pertandingan keseronokan, pembangunan, kemahiran, kecemerlangan. Contoh - berenang secara bersaing di hadapan penonton dianggap sukan, tetapi berenang bersendirian di kolam atau laut dianggap aktiviti rekreasi. Sukan menuntut pengorbanan - masa, wang dan keinginan - sama ada sebagai peserta atau penonton. Sukan - aktiviti riadah, mengisi kegiatan lapang, bahan untuk media massa atau elektronik dan sumber pendapatan.

Sukan mengandungi; 

( i ) latihan kemahiran berguna secara rekreasi, 

( ii ) peraturan tertentu dalam mengejar kecemerlangan. Kecemerlangan - kemampuan mengatasi tanda ukur (benchmark) terdahulu, catatan masa, rekod dunia dan sebagainya. "Sukan adalah segala kegiatan yang melibatkan ketangkasan atau kemahiran serta tenaga yang dilakukan sebagai acara hiburan, pertandingan atau menyihatkan tubuh badan." - 

Kamus Dewan Edisi ke-5 - Perbezaan Antara Sukan, Permainan dan Latihan Sukan melibatkan peserta berkemahiran (atlet atau individu berpengetahuan). Permainan tidak mempunyai tujuan jelas tetapi boleh berubah kepada sukan seperti permainan kanak-kanak. Latihan ialah aktiviti yang bertujuan membina kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu sukan. Perubatan Sukan Perubatan salah satu cabang sains hayat berkenaan menjaga dan mengekalkan kesihatan dan rasa sihat (wellness). Perubatan sukan - bidang yang dapat membantu atlet pulih dari kecederaan yang dialami sewaktu terlibat dalam aktiviti sukan, selain membincangkan hal-hal mencegah kecederaan semasa bersukan.

6 Langkah dalam Kitaran Kecederaan





Kepentingan Terapi dalam Sukan 
Terapi kecederaan terbahagi kepada 2 :

Fisioterapi - hidroterapi, elektroterapi, terapi haba Urutan sukan Peranan dan
Tanggungjawab Ahli Pertolongan Cemas Sukan
Kenalpasti punca kemalangan atau kecederaan.
Lakukan pertolongan dengan tertib, pantas, tenang dan senyap - elakkan terlalu banyak bercakap perkara yang tidak patut dengan mangsa.
Pulihkan pernafasan mangsa jika didapati pernafasan mangsa terhenti. Memberi perangsang kepada mangsa. Pindahkan mangsa ke tempat yang selamat. Segera hubungi pihak polis, ambulan dan keluarga mangsa jika kecederaan serius. Menjaga etika dan adab diri serta mangsa dalam menghadapi kecemasan. Menilai keberkesanan kaedah rawatan yang digunakan bagi memastikan keadaan mangsa akan datang.

Rujukan : UPM : Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan
                Scribd
                 National Institute of Arthritis and Musculoskeletal and Skin Diseases

====================================================================



MINGGU KE- 3:
Pencegahan Kecederaan dalam Sukan



DEFINISI 
Pencegahan kecederaan - dalam kamus dewan edisi keempat , pencegahan kecederaan memberi maksud mencegah dari berlakunya kecederaan yang tidak diingini ketika melakukan aktiviti sukan.

PRINSIP PENCEGAHAN

1) Prinsip latihan
Penambahan beban senaman secara beransur-ansur
Tempoh latihan - Berlatih pada paras yang boleh dilakukan dan jangan berlatih hingga badan menjadi terlalu letih. Tempoh masa yang sesuai adalah 1 hingga 1 jam 30 minit sehari.
Intensiti
Motivasi
Pengkhususan - Senaman yang dipilih haruslah khusus dan sesuai untuk mencapai tujuan dan objektif
Relaksasi - Dapat mengurangkan ketegangan atau kelesuan
Rutin

2) Memanaskan badan Tujuan - sediakan otot-otot untuk melakukan aktiviti serta kemahiran , melonggarkan otot-otot dan sendi-sendi yang tegang dan mencergaskan reaksi atau reflek atlet-atlet.

3) Ansur maju latihan
Mengandungi latih tubi secara beransur-ansur bagi menyediakan atlet supaya kembali beraksi.
Faedah ansur maju :
memulihkan kecederaan
meningkatkan perkembangan
meningkatkan keyakinan diri


4) Aktiviti bagi menggelakkan kecederaan - Meninggikan suhu badan dengan berlari perlahan-lahan atau jogging, melunjur, berlari pecut, senaman khusus, memilih permainan yang sesuai kepada kebolehan atlet dan mengajar kemahiran asas.

5) Keselamatan kemudahan dan peralatan
Berlaku sekirannya gelanggang atau kemudahan peralatan tidak sempurna dan tidak mengikut piawaian yang telah ditetapkan.Keadaan disekeliling gelanggang, padang dan dewan.

6) Peralatan perlindungan
Alatan yang digunakan bagi melindungi diri atau anggota badan dari sebarang kecederaan semasa melakukan aktiviti sukan.Alatan perlindungan diri adalah sebahagian daripda peraturan sesuatu permainan tersebut. Penguatkuasaan peraturan akan menjamin ahli sukan mendapat kecederaan yang minimum sekiranya berlaku.

PELAKSANAAN PRINSIP PENCEGAHAN

Menguasai teknik yang betul - Biasanya pemain berkemahiran tinggi jarang mengalami kecederaan kerana mereka dilindungi oleh kemahiran mereka. Oleh itu, adalah penting bagi pemain menguasai teknik permainan yang betul.

Menguasai komponen-komponen kecergasan spesifik - Pemain harus menguasai teknik kecergasan spesifik. Latihan yang dijalankan adalah untuk mengajar dan melatih pemain dalam mengelakkan kecederaan dan bukan untuk memantapkan mutu permainan semata-mata. Pemain yang cergas biasanya jarang ditimpa kecederaan. Hal ini kerana :
(a) Reaksi yang tinggi terhadap bahaya dan biasanya tindak balas untuk mengelakkan diri daripada bahaya tersebut adalah tinggi.
(b)Jatuh dengan kendur (relax way) sekaligus dapat meminimumkan kecederaan.
(c) Memiliki kefleksibiti yang tinggi. Ini dapat membantu mengurangkan hentakan ketika jatuh

Menggunakan kemudahan dan pakaian yang sesuai - Jersi, seluar pendek dan kasut yang digunakan harus sesuai dengan permainan. Elakkan menggunakan pakaian kurang sesuai yang boleh mendatangkan kecederaan kepada anggota badan. Alat pelindung seperti pelindung siku dan lutut boleh digunakan untuk melindungi kecederaan siku dan lutut apabila terjatuh.

Peraturan dan penguatkuasaan undang-undang - Peraturan diwujudkan untuk menjadikan permainan menjadi lebih seronok. Pemain harus mematuhi undang-undang yang ditetapkan agar kecederaan dapat dielakkan. Peraturan permainan harus dikuatkuasakan dengan tegas. Persediaan lengkap untuk latihan dan pertandingan - Jenis aktiviti yang dijalankan juga penting, sebelum pertandingan, elakkan latihan yang terlalu keras yang menyebabkan pemain lesu ketika permainan. Ini kerana fokus utama pemain adalan pertandingan. Jika mereka kurang stamina mereka akan mengalami kecederaan ketika pertandingan.

Pengurusan Emosi
Mental yang sihat memainkan peranan penting dalam membentuk jati diri seseorang atlit.
Emosi yang stabil membantu atlit lebih bersedia melakukan aktiviti.
Sekiranya berlaku kecelaruan emosi, mungkin menyebabkan perubahan tingkah laku yang boleh menyebabkan berlakunya kecederaan.

Rujukan :

Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan
Portal Sports Science





========================================================================

MINGGU KE 4:

PENDEKATAN RAWATAN KECEDERAAN


DR ABC pengurusan kecederaan sukan 1 Pendekatan Rawatan Kecederaan ===================================================================================== MINGGU KE 5 SALURAN PERNAFASAN DAN CPR CPR~ ============================================================================== MINGGU 6: MASALAH SERANGAN JANTUNG JANTUNG ===================================================================================== MINGGU 7: KECEDERAAN KULIT Kecederaan -------------------------------------------------------------------------------- MINGGU 8: PENDARAHAN TERBUKA PENDARAHAN TERBUKA ================================================================================ MINGGU 9: HABA MELAMPAU Masalah Suhu Melampau Dalam Sukan ================================================================================ MINGGU 10: PENGSAN pengsan-110508085941-phpapp02 ================================================================================= MINGGU 11: MENGANGKAT DAN MEMBAWA PESAKIT Mengangkat Pesakit Menggunakan Pengusung ================================================================================= MINGGU 12: PRINSIP MENGURUSKAN KECEDERAAN PATAH =================================================================================== MINGGU 13 : KECEDERAAN TISU LEMBUT Kecederaan Tisu Lembut

1 comment:

  1. SUKATAN KECEDERAAN DALAM SUKAN MENGIKUT PRO FORMA PJM 3118 IPG KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM KEDAH.

    ReplyDelete

Surat Pekeliling Ikhtisas PJPK

Contoh Plan strategik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Muat Turun Bahan