Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur

Thursday, November 8, 2012

Matlamat Pergerakan Asas

Pendidikan pergerakan asas adalah fasa yang paling penting dalam memperkembangan mental dan fizikal kanak-kanak.  Kandungan dalam pendidikan ini akan membantu kanak-kanak untuk mendapatkan kemahiran asas pergerakan untuk di aplikasikan pada masa akan datang. Pergerakan adalah mengenai cara manusia untuk
menyesuaikan diri dengan situasi yang dihadapi seperti mengelakkan diri apabila terdapat sebarang bahaya dan cuba bergerak dengan pelbagai cara untuk melepasi halangan. Dengan ini, pergerakan asas akan dapat membantu manusia untuk menghadapi pelbagai situasi yang berbeza. Pendidikan asas pergerakan menekankan pengalaman mengeksplorasi dalam kesedaran tubuh badan, asas lakuan tubuh badan, koordinasi tubuh badan, rangsangan dan ritma dengan melibatkan seluruh deria dan fizikal tubuh badan.

No comments:

Post a Comment

Surat Pekeliling Ikhtisas PJPK

Contoh Plan strategik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Muat Turun Bahan