Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan Sekolah Kebangsaan Seri Makmur

Thursday, November 8, 2012

Konsep Pergerakan Lokomotor



Pergerakan lokomotor berkaitan dengan gerakan atau aliran. Jika pergerakan
lokomotor digunakan dalam persembahan kita akan dapat melihat arah gerakan
dalam persembahan itu. Terdapat pelbagai cara pergerakan badan dalam
gerakan lokomotor, gerakan ini melibatkan arah, aliran, haluan dan masa.

ARAH
Arah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau kebelakang, ke kiri atau ke kanan dan arah bebas .



HALUAN
Haluan ialah melibatkan corak gerakan contohnya samada boleh dalam bentuk
lurus, bengkang bengkok, zig zag,melengkung kemudian lurus kembali dan lain-lain

MASA
Masa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan, masa
boleh dalam keadaan cepat atau perlahan, dengan cara tiba-tiba atau terkawal.

Bentuk Pergerakan Lokomotor

BERJALAN
Di antara aktiviti berjalan yang selalu dilakukan oleh guru pendidikan jasmani
ialah seperti berikut:

1. Jalan berundur dan kemudian ke hadapan
2. Berjalan dengan melakonkan gaya robot atau askar permainan berjalan
3. Berjalan dengan melakonkan gaya gergasi berjalan
4. Berjalan dengan melakonkan gaya cara gorila berjalan
5. Berjalan dengan melakonkan gaya meredah semak
6. Berjalan dengan melakonkan gaya gajah berjalan
7. Berjalan dengan melakonkan gaya anjing cedera di kaki berjalan
8. Berjalan dengan melakonkan gaya patung berjalan
9. Berjalan naik tangga

BERLARI
Di antara aktiviti berlari yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Berlari setempat dengan ayunan tangan yang lurus
2. Berlari dengan perlahan serta lutut diangkat tinggi.
3. Berlari pantas dan beransur-ansur perlahan
4. Berlari dan berhenti apabila syarat di berikan dan berhenti apabila isyarat
    di berikan dan berlari semula
5. Berlari ke hadapan serta berundur ke sisi
6. Berlari mengikut seorang ketua
7. Berlari dengan pelbagai kelajuan berdasarkan arahan
8. Berlari mengikut arah zig zag
9. Lari beberapa langkah dan kemudian melompat

MELOMPAT
Di antara aktiviti melompat yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1. Melompat seperti rusa melompat pagar
2. Melompat tali atau garisan di atas lantai
3. Melompat halangan yang di tinggikan sedikit dari paras lantai
4. Melompat setempat penekanan kepada ketinggian lompatan
5. Melompat melakonkan serta meniru cara kanggaru melompat
6. Melompat melakonkan serta meniru cara katak melompat
7. Melompat sambil mengubah arah lompatan



MELOMPAT KETINGTING
Di antara aktiviti melompat ketinting yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan jasmani ialah seperti berikut:
1.Melompat ketingting setempat tegak diatas sebelah kaki selama empat
    kiraan
2. Melompat ketingting dan pusing badan kekiri dan kekanan
3. Melompat ketingting berarah kehadapan-kebelakang dan kekiri-kekanan
    mengikut isyarat
4. Melompat ketingting meliputi pelbagai jarak

MERANGKAK
Di antara aktiviti merangkak yang selalu di lakukan oleh guru pendidikan
jasmani ialah seperti berikut:
1. Merangkak melalui pelbagai halangan
2. Merangkak melalui bawah sarang labah-labah
3. Merangkak secara berpasangan dengan kaki pasangan di ikat
4. Merangkak melalui tali

No comments:

Post a Comment

Surat Pekeliling Ikhtisas PJPK

Contoh Plan strategik

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Muat Turun Bahan